16 Januari, 2009

Berbaloikah para pemimpin politik orang Melayu mengorbankan dasar negara demi undi?

-
Apa yang penting dalam dalam sesebuah parti politik orang Melayu ialah berupaya mengekalkan dasar-dasar negara yang telah dirangka sebegitu baik sejak dari dulu lagi.

Penilaian dari segi calon sebenarnya sudah jatuh kepada nombor dua. Semoga orang Melayu tidak akan alpa dalam melihat perkara yang lebih besar iaitu hala tuju perjuangan bangsa yang mana dilihat lebih utama berbanding soal calon sesebuah parti orang Melayu.

Cuba amati apa yang cuba disampaikan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad:


6. PAS bukan alternatif kerana dilihat PAS sanggup membelakangkan prinsip prinsipnya kerana nak jaga hati parti komponen Pakatan. Orang yang tidak pegang kepada prinsip tidak boleh dipercayai.

7. Sebagai contoh PAS bersetuju babi diternak di kampung Melayu kerana larangan agama hanya untuk tidak makan daging babi.

8. Ternak tak apa.

9. Sentuh pun tak apa.

10. Jual pun tak apa kerana ini tidak disebut di dalam Al-Quran.

11. Soalnya apakah sensitiviti orang Melayu tidak perlu diambil kira?

12. PAS juga tak bercakap banyak sekarang berkenaan hukum hudud.

13. Katanya ini rancangan 30 tahun.

14. Demikian juga PAS sanggup beri hakmilik tanah secara berkekalan untuk mendapat sokongan orang Cina.

15. Dasar negara sekarang tanah tidak boleh diberi kepada sesiapa pun secara berkekalan, samada Cina, Melayu atau India.

16. Tetapi PAS sanggup membelakangkan dasar negara hanya untuk mendapat sokongan orang Cina. British tidak pernah beri kawasan "New Village" kepada setinggan yang ditempatkan di situ. Tidak ada geran yang dikeluarkan oleh British kepada penduduk New Village. Tetapi pemimpin PAS sanggup bohong kononnya British memberi tanah secara berkekalan kepada setinggan Cina.

17. Semua ini menunjukkan PAS bukan parti yang berprinsip dan bukan pun ikhlas dalam memperjuangkan Islam. PAS tidak boleh dipercayai oleh sesiapa. Ia sanggup "bend backwards" untuk kepentingan politik semasa.

Sejurus kemenangan besar Pakatan Rakyat semasa PRU12 yang lalu orang Melayu melihat PAS dilihat bersikap mendiamkan diri apabila kepentingan dan hak orang Melayu dipertikai oleh rakannya di dalam Pakatan Rakyat terutamanya DAP.

Namun sikap PAS yang melenting berhubung beberapa perkara yang disanggah oleh DAP ketika PRK Kuala Terengganu semakin hampir, meragukan orang Melayu.

Persoalan yang perlu dijawab oleh setiap orang Melayu yang berupaya membentuk (shaping) hala tuju perjuangan hak dan kepentiangan bangsa ialah:

Adakah berbaloi mengorbankan dasar-dasar negara [contohnya seperti pemberian tanah status kekal, Dasar Ekonomi Baru (DEB)] semata-mata mengikut rentak permainan politik DAP demi untuk meraih sokongan bukan Melayu?

Andalah yang menentukan ke mana hala tuju para pemimpin Melayu kita dalam setiap pilihanraya.
+

5 ulasan:

Ismail N berkata...

Kebanyakkan rakyat terutama golongan muda terpedaya dgn sogokan dan janji pemimpin2 PR. Ini tidak berlaku sebelumnya kerana pemimpin UMNO dan BN kuat dan berkeliber serta berupaya menangkis semua tohmahan dan janji2 manis pemimpin pembangkang.

Sahabat-Gunung berkata...

semoga UMNO kembali bersemangat untuk menghadapi semua kenyataan yang berlaku.

Kita perlu berani, berani untuk berubah. Rakyat mahu melihat UMNO berubah, melihat UMNO kembali kepada perjuangan rakyat.

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) berkata...

kembara...

otai rasa kita menuju jadi hamas dan fattah... maka mungkinkah melayu jadi palestin?

pas dah mabuk darah dah...dia nak bunuh umno dan nak berkawan dgn dap.

GayaPeneroka berkata...

umno lama dah perintah ...
dalam umno banyak rasuah sekarang ni..
kembalilah pada islam.
yang cakap orang umno sendiri....

Kembara Politik berkata...

Ismail N,
Nampak jelas faktor corak kepimpinan memainkan peranan paling penting dalam menentukan jatuh bangun UMNO.

Sahabat-Gunung,
Segala usaha perlu dibuat. Kita lihat sahaja keputusan PAU nanti. Jika pemimpin tertentu yg naik sedangkan rakyat (bukan hanya ahli UMNO) mahukan pemimpin lain maka saya amat yakin bahawa UMNO dan BN bakal tewas pada PRU13 nanti.

OTAI,
Tak kisah jika PAS berkawan dengan DAP dengan syarat dapat mempertahankan hak dan kepentingan Melayu. Jika itu yang dibuat saya percaya PAS akan menjadi parti pengganti kepada UMNO yang dilihat tidak kembali kepada perjuangan tulen. Tapi senario sekarang, PAS sanggup memgorbankan prinsip dan kepentingan bangsa demi undi penentu bukanlah sesuatu yang diharapkan oleh orang Melayu.

GayaPeneroka,
Terima kasih kerana berkunjung dan memberikan respon. Pandangan saudara amat tepat dan UMNO perlu kembali kepada perjuangan bangsa dan agama dengan penuh ikhlas seperti Almarhum Tun Razak. Pemimpin Melayu yang ada (UMNO, PAS & PKR) mungkin sengaja melupakan hak dan kepentingan majoriti yang sepatutnya diberikan penekanan yang lebih. Apa yang berlaku, hak dan kepentingan bukan majoriti yang dititikberatkan sedangkan hak majoriti masih lagi jauh ketinggalan akibat warisan sistem pecah & perintah beratus tahun yang dulu. Dasar2 yang amat baik seperti DEB perlu dikekalkan, bukannya dihapuskan seperti yang dicanang oleh PR. Jika UMNO gagal mengangkat DEB dengan baik, maka PAS sepatutnya mengambil tanggungjawab dengan memperjuangkan bahawa PAS akan memperbaiki dan memperelokkan lagi DEB agar majoriti lebih berjaya.

Memang panjang menjela kalau nak bincang pasal hala tuju politik Melayu ni. Apa pun, terim kasih kerana berkunjung.

P/S: Apa khabar orang FELDA? :)

Arkib

Label

'Masalah Sikap' vs 'Cemburu' #justiceforMH17 16 September 2008 1Malaysia 1MDB 22 tahun tanpa konflik kaum 3 billion 31 Ogos 2009 5 Ogos 1957 Abdullah ABIM Acaro Solingan Adik Siti Amynur Ain AIDC Air percuma AirAsia Akta hasutan Akta Hasutan 1948 Akta Pendidikan 1996 Aktivis Al-Fatihah Allahyarham Tun Abdul Razak Altantuya Altel Aman Malaysia Ambiga Anak Bangsa Malaysia? Anak Wayang Pas analisa PRU13 ancaman islam di Malaysia. Anjing Gila Anwar Anwar Ibrahim Azan Azizan Azmin Ali babi Badak Pekak Badut Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia Bahasa Melayu Bajet Pahang 2009 BALACI Bangsa Malaysia Banjir Banjir di Kuantan Banjir di Lipis Bantuan Barisan Nasional Batal Usul Sekat Jualan Arak Behind The Veil Belasungkawa BERSATU Bersih biadap Biadap Hina Nabi Blogger BN BN Perak BOC Boikot barangan israel Boikot produk Yahudi-Amerika Boikot Secara Terancang Bomoh Boneka BR1M Brader Anwar Bin Ibrahim bubar UMNO Bumi Daku cadbury calon boleh menang Carlsberg halal Cawangan UMNO CDM25 Celaka Ceroboh Tanah Milik TNB chedet Chin Peng Chui Jui Meng Cina Cina Boikot Melayu COMANGO Criminalise War Exhibition and Conference 2009 Cuit: Dilema Melayu Moden DAP Datuk Ibrahim Ali Datuk Mukhriz Datuk Mukhriz Mahathir DEB deklarasi rakyat Demi Negara Demonstrasi DERHAKA diesel Din Turtle DNA babi Dokumen Langkah kajang Dong Zong Double Standard Prosedure Dr Abdul Rani Kamarudin Dr Chandra Muzaffar Dr Khir Dr Novandri Dr Ridhuan Tee Abdullah Dr Sidek Baba Dr Yusri Mohamad Dr Zambry Kadir Dr Zuhdi Dr. M DS Anwar DS Anwar Ibrahim DS Najib DUN DUN Perak Durian Runtuh Dyana Sofya DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Muhibuddin Shah DYMM Sultan Azlan Shah Dyna Sofya DYTM Raja Dr Nazrin Shah Ekonomi Ekonomi Bumiputera ekonomi melayu Elizabeth Wong Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan Di Kalangan Orang Islam) 1988 Selangor Erniceda Etnic Cleansing Eurocopter Evolusi Politik Melayu Fatimah Zuhri's Blog Fatwa Anti Tomboy FELDA FGV fitnah Fitnah Undi Pos Flip-flop Forum Peluk Islam Foto gabungan UMNO dan PAS. gaza Gerakan Razak Gobalakrishnan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera Hak Membeli Hak Mengundi Hansard Parlimen Harakah haram harga minyak naik Hari Kemerdekaan hina Hina Fatwa Hina Islam Hina Raja Melayu Hindraf Hipokrit Hishammuddin Tun Hussein Hishamuddin Hj Hadi Awang Hj Naser Disa Hormati murtad hudud Hudud dan Qisas Husam Musa i want to tocuh a dog i want to touch a dog Ideotique IFC india Institusi Raja Islam Islam Agama Persekutuan Islam Agama Rasmi Persekutuan Ismail Mina Ahmad israel Isu CAR Isu Kalimah Allah Isu Ketidakseimbangan Kaum isu lahad datu Isu Menteri Besar Isu Moral Isu Roboh Kuil Isu Scorpene Isu Tanah Kolej Taiping Isu Tanah Perak Jabatan Pendaftaran Negara JAIS JAKIM Jambatan Bengkok Jeff Ooi Jenayah Jom Bantu Jumlah pengundi muda Jurugambar Utusan KAFA Kaki Pembelit kalimah Allah Kamarudin Jaafar KAR1SMA Karpal Singh Kaum Cina Kaum Melayu Kebaikan Kebal Kebebasan Bersuara Kedah Kedai Rakyat 1 Malaysia keistimewaan Melayu Kekejaman Israel ke atas umat Islam kelvin yip Kempen Satu Sekolah Untuk Semua kerajaan islam Keranda 152 Kes Datuk Nasaruddin Hashim (UMNO ke PKR) Kes Liwat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Ketuanan DAP Ketuanan Melayu Ketuanan Pakatan Rakyat Ketum Khalid Ibrahim Kiasu KijangMas Kiki KKM Kongres Ekonomi Islam Ketiga Kontrak Sosial kronisma kuala kangsar Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War Kuota Pemilikan 30 % Kuota Pemilikan Rumah 50 % Ladang Babi Lateefa Koya LBGT Lee Kuan Yew lembah klang Lembah Pantai Leong Ngah Ngah LGBT Liberalisasi? Lidah 'tidak rasmi' Pakatan Rakyat = Malaysiakini Lim Guan Eng Lim Kit Siang Lina Joy Logo Halal logo halal JAKIM Lompat Parti Low Siew Moi lowyat M Manoharan M-UPRo Mah Siew Keong Mahkamah Syariah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Muafakat Melayu Majlis Peguam Malay Mail Cyberspot Malaysia malaysia bukan negara sekular Malaysian Airline System Malaysian Malaysia Mangkat Mangkuk Ayun Azmi Shahrom Manifesto bukan janji Marah-Marah Sayang MAS Masjid Besi Putrajaya MB Kedah MB selangor MCA media sosial melayu Melayu Pulau Pinang Melayu Singapura Membina Negara mencari simcard Altel Menteri besar Selangor merdeka riview Meroyan MH17 MH370 MO1 Monopoli Ekonomi Muhammad Firdaus Dullah Muhyiddin Murtad Muslim UPRo Mustafa Ali Musuh islam Musuh Melayu Musuh Negara Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 MyKad Najib Najib Tun Razak Nasrudin Hassan negara islam negara sekular Negarawan Ulung Nga kor ming Ngeh Koo Ham Nik Aziz Nilai Nizar Nizar Boneka DAP Nurul Izzah Obama octoberfest octoberfest2014 OKU OKU dikurung OKU terbiar Omar Ong One utama Open Letter by Matthias Chang PAC Pahang Darul Makmur Pakatan Pakatan Haram Pakatan Rakyat Pakatan Rakyat Perak Pakatan Rakyat. pertusan undi cina Palestin Paneh Miang PAP Parlimen Parti baru Tun M Parti tunggal PAS Pas selangor Pas Terengganu PAS youth Pasca PRU-13 PAU Ke-59 Peguam Negara Pelacuran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 PEMBELA Pembohong Pembubaran parlimen Pemuda UMNO Pemuda UMNO Bahagaian Segambut Pemuda UMNO Pahang Penamaan Calon Pencemaran Pencerobohan Tanah Kerajaan Peneroka Pengganas Komunis Pengkhianat pengkhianat negara Pengundi Atas Pagar Penyata Razak 1956 Perak Perbandingan Perdana Menteri Malaysia Ke-6 perkara 11 Perkara 11 Perlembagaan Perkara 12 perkara 121 Perkara 152 Perkara 153 perkara 3 Perkara 3 Perlembagaan PERKASA perkauman Perkhidmatan Awam Pulau Pinang perkongsian kuasa. Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Perpaduan Perpaduan Melayu/Islam Persekutuan Tanah Melayu pesawat MAS terhempas pesta arak pesta arak terbuka Petisyen petrol Petronas Pilihanraya Masjid PKM PKNS PKPIM PKR Polarisasi Kaum Politik Perak Portal Kempen SSS PPSMI PR PRK Bagan Pinang PRK Bukit Gantang PRK Galas PRK Kuala Terengganu PRK Teluk Intan PRN pro-pembangkang produk cina produk melayu Prof Dr Aziz Bari Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim Prof. P Ramasamy propaganda PRU 14 PRU12 PRU13 Puasa Ramadhan Pulau Pinang Puppet Master Putera Sultan Selangor Putrajaya Qarinah Qazaf Rabindranath Tagore racist Raja Nong Chick Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia? Rasuah Razak Baginda RBA Reaksi pemimpin politik Reflections: Melayu Lama Ronnie Liu Rukun Negara Rusia Rusia Border Rusuhan Saham FGV Saiful Bukhari Azlan Sakmongkol AK47 Salah Guna Kuasa SAR Sastera Satira Satu Malaysia Sekolah Agama Sekolah Kebangsaan Sekolah Satu Aliran Sekolah Vernakular Seks sekular Selangor Sepitman Begins sesat Shafie Apdal shah alam Sidek Baba Sistem Pendidikan Kebangsaan skandal kewangan Skuad Banjir Pemuda sokongan masyarakat kepada MAS Solat Hajat SPR SRJK Persendirian steering lock SUARAM subsidi Sultan Perak Sultan Selangor Sumpah Laknat Sun Tzu'z Art of War sungai besar surah al kafirun Syed Azmi Alhabshi syiah Tan Sri Isa Samad Tan Sri Khalid Ibrahim Tan Sri Muhyiddin Tanah Kebun Peneroka Techno Crap Teluk Intan tembak Tender Tanah tender terbuka Tengku Adnan Teresa Kok terhempas The Economist The Unspinners The War Crimes Commission and Tribunal 2009 Titah DYMM Sultan Selangor Titah DYTM Raja Muda Perak di Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga Toyota Camry 2.4 Perak Truth for Teoh Beng Hock Tsunami Cina Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Tulisan Jawi Tun Dr. Mahathir Mohamad Tun M tuntutan Ukraine UMNO UMNO Seremban Uncle sim Undang-undang antilompat parti wakil rakyat Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Undi cina undi hantu Usahawan Bumiputera Pahang Ustaz Kazim Elias Utusan Malaysia V. Sivakumar video WADAH wall street journal Wan Azizah Wasiat Raja-Raja Melayu Wong Siew Teng aka Agnes Wong Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur Yusuf Qardhawi Zahid Hamidi Zahrain Zaini Hassan Zulkifli Noordin