Oleh ZAINI RABAN
IPOH 11 Jan. – Orang Melayu di negeri ini yang mempunyai tanah berstatus pajakan 99 tahun wajar meminta kerajaan negeri melanjutkan tempoh pajakan sehingga 999 tahun atau mengurniakan hak milik kekal seperti diperolehi penduduk di kampung-kampung baru.
Presiden Gagasan Melayu Perak (GMP), Datuk Seri Mohd. Hilmi Ismail berkata, selaku golongan bumiputera, orang Melayu perlu serius dan sepakat dalam hal tersebut supaya tanah di negeri ini tidak terlepas kepada kaum lain.
‘‘Tanah pajakan selama 99 tahun boleh diambil oleh kerajaan negeri apabila tamat tempoh kelak, maka masa itu orang Melayu sudah tidak ada tanah lagi sedangkan penduduk kampung baru masih ada tanah sebab mempunyai hak milik kekal.
‘‘Apabila sudah tidak ada tanah, di manakah kedaulatan bangsa Melayu pada masa itu. Sebab itu adalah amat wajar orang Melayu berpakat untuk memohon hak yang sama daripada kerajaan negeri,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp
Sumber: Utusan Malaysia, 12 Januari 2009
+
Tiada ulasan:
Catat Ulasan