10 Januari, 2009

Mengimbau Penulisan Blog Kembara Politik 2008 - Bahagian 2: Kerajaan Boneka DAP Perak

-
Artikel kedua yang ditulis oleh blog Kembara Politik ialah bertajuk “Isu Pemberian Tanah Kerajaan Boneka DAP: Fakta & Angka Sebenar Disorok?”. Mula diterbitkan kali pertama di laman MyKMU.net pada 11 September 2008 dan diterbitkan semula di blog Kembara Politik pada 16 September 2008.

Artikel ini membincangkan tentang fakta, angka dan perbandingan berkenaan isu pemberian tanah Kampung Baru (New Village) dengan Rancangan Kampung Tersusun (RKT) di Perak. Dalam artikel ini penulis memberikan perbandingan dari segi keluasan tanah, peratusan penduduk mengikut kaum dan peratusannya. Tujuannya ialah sebagai pedoman untuk difikirkan dan dinilai dengan lebih lanjut oleh para pembaca.

Isu pemberian tanah ini berpanjangan kerana sekali lagi pengumuman pemberian 400 hektar tanah kepada 9 buah sekolah menengah Cina persendirian dibuat oleh kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Perak. Setelah mendapat reaksi yang negatif dan kurang senang oleh orang Melayu, kerajaan PR telah mengumumkan sedang memproses kelulusan 200 hektar kepada 18 buah sekolah agama rakyat persendirian. Gula-gula?

Penulis telah menulis ulasan dan membuat sedikit perbandingan ringkas dan mudah berkenaan isu ini dalam sebuah artikel yang bertajuk “Pemberian Tanah Sekolah Persendirian di Perak: Perbandingan Secara Angka” yang diterbit pada 18 September 2008.

Artikel ini turut diterbitkan di laman MyKMU.net pada 18 September 2008. Perbandingan yang dibuat dalam artikel cuma menyentuh dari segi statistik angka sahaja sebagai perbandingan mudah untuk dinilai oleh para pembaca.

Kita semua telah mendengar pelbagai respon dan pendapat yang diberikan oleh rakyat terutamanya orang Melayu berhubung isu pemberian hak milik kekal tanah ini. Jika mahu lebih telus seperti mana kononnya diperjuangkan oleh DAP, elok kiranya diadakan referendum bagi melihat sendiri apa sebenarnya sentiment rakyat Perak berhubung isu pemberian hak milik kekal tanah ini. Telus bukan?

Tapi persoalannya: Beranikah kerajaan Perak berbuat sedemikian semata-mata untuk menunjukkan ketelusan?

Kerajaan Pusat melalui Majlis Tanah Negara (MTN) mengarahkan agar pemberian tanah ini dihentikan oleh kerajaan Perak sementara untuk dinilai setakat mana syarat keadaan khas di bawah Kanun Tanak Negara terpakai kepada senario isu tanah di Perak.

Namun, kerajaan Perak bertindak mendahului arahan MTN dengan mengumumkan kelulusan status hak milik kekal kepada tanah Kampung Baru di Grik, Perak. Alasan yang diberikan ialah soal tanah merupakan di bawah bidang kuasa kerajaan negeri dengan mempertahahankan penggunaan terma syarat keadaan khas untuk tujuan tersebut.

Ekoran tindakan membelakangkan keputusan MTN tersebut, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) telah menggesa Peguam Negara mengambil tindakan undang-undang ke atas kerajaan negeri Perak kerana melanggar peruntukan Kanun Tanah Negara (KTN).

Presiden PERKASA, Datuk Ibrahim Ali berkata,

“Pada ketika masih ramai orang Melayu sendiri tidak ada tanah, dia (kerajaan Perak)harus faham betapa istimewanya nasib penduduk kampung baru mendapat pajakan tanah ketika itu”.

Apa yang dapat difahami oleh orang Melayu ialah, penggunaan terma syarat keadaan khas untuk memberikan tanah Perak semata-mata untuk memperlihatkan kejayaan DAP kepada kaum Cina bahawa DAP konsisten dalam perjuangan konsep Malaysian Malaysia. Politik DAP cuba menonjolkan diri dengan bermodalkan pemberian tanah sebagai simbol Malaysian Malaysia yang dicanang.

Permainan politik yang membelakangkan dasar kerajaan Pusat dalam kes ini hal bersabit pemilikan tanah ini dilihat sebagai satu bentuk ancaman kesinambungan Ketuanan Melayu. Suka atau pun tidak, itulah persepsi dan sentimen orang Melayu yang merupakan majoriti di Perak, yang mana perlu diberikan perhatian serius oleh kerajaan Pusat dan kerajaan PR di Perak itu sendiri.

Pelbagai respon diperolehi berhubung isu pemberian tanah Perak ini. Antaranya, Dato’ Ibrahim Yahaya dari Blog Dunia Tiger membuat perkaitan berikut:

“Raja-Raja Melayu sebagai "Tuan" di negara ini, layak dihormati, disanjungi dan tiada siapa yang berhak mempertikaikan kekebalan mereka dalam melakukan apa saja yang terbaik untuk rakyat dan negara ini. Raja agung, raja disanjung.

Oleh itu, pihak yang ingin "memandai-mandai" menyerahkan tanah Melayu milik "Tuan" negara ini kepada bukan Melayu adalah tindakan penderhaka kepada Raja-Raja Melayu. Tanah itu milik Tuan dan ia perlu dikekalkan kepada Tuan di negara ini.” – Dato’ Ibrahim Yahaya, Blog Dunia Tiger.

Paling terbaru, Tun Dr. Mahathir Mohamad memberikan respon dan akhirnya membongkar penyelewengan oleh kerajaan boneka DAP Perak. Beliau telah mengecam tindakan pemimpin PAS (yang dibonekakan oleh DAP) ini dengan mengeluarkan kenyataan di blog beliau Che Det Weblog melalui artikel bertajuk “KUALA TERENGGANU”.

Kecaman beliau terhadap PAS yang menjadi tunggangan DAP berkaitan pemberian tanah sebagai alat dan modal meraih sokongan politik oleh DAP ini adalah seperti berikut:

"6. PAS bukan alternatif kerana dilihat PAS sanggup membelakangkan prinsip-prinsipnya kerana nak jaga hati parti komponen Pakatan. Orang yang tidak pegang kepada prinsip tidak boleh dipercayai.

7. Sebagai contoh PAS bersetuju babi diternak di kampung Melayu kerana larangan agama hanya untuk tidak makan daging babi.

8. Ternak tak apa.

9. Sentuh pun tak apa.

10. Jual pun tak apa kerana ini tidak disebut di dalam Al-Quran.

11. Soalnya apakah sensitiviti orang Melayu tidak perlu diambil kira?

12. PAS juga tak bercakap banyak sekarang berkenaan hukum hudud.

13. Katanya ini rancangan 30 tahun.

14. Demikian juga PAS sanggup beri hakmilik tanah secara berkekalan untuk mendapat sokongan orang Cina.

15. Dasar negara sekarang tanah tidak boleh diberi kepada sesiapa pun secara berkekalan, samada Cina, Melayu atau India.

16. Tetapi PAS sanggup membelakangkan dasar negara hanya untuk mendapat sokongan orang Cina. British tidak pernah beri kawasan "New Village" kepada setinggan yang ditempatkan di situ. Tidak ada geran yang dikeluarkan oleh British kepada penduduk New Village. Tetapi pemimpin PAS sanggup bohong kononnya British memberi tanah secara berkekalan kepada setinggan Cina.

17. Semua ini menunjukkan PAS bukan parti yang berprinsip dan bukan pun ikhlas dalam memperjuangkan Islam. PAS tidak boleh dipercayai oleh sesiapa. Ia sanggup "bend backwards" untuk kepentingan politik semasa." - Tun Dr. Mahathir, Che Det Weblog

Kerajaan PR Perak yang tidak prihatin dengan sentiment orang Melayu ini nampaknya bersungguh-sungguh walau apa cara sekali pun akan tetap meneruskan segala yang dirancang oleh agenda politik DAP. MB Perak yang merupakan orang Melayu dari parti PAS tidak boleh berbuat apa-apa kerana terlalu sayangkan kuasa dan takut untuk melihat perpecahan dalam Pakatan Rakyat. PAS tidak dilihat menjadi sebagai pengganti parti politik orang Melayu seperti dimaklumkan oleh Tun Dr Mahathir.

Pendedahan yang dibuat oleh Tun Dr Mahathir yang mana memberitahu bahawa PAS sanggup dipergunakan DAP dengan menipu fakta sejarah menunjukkan sudah tiba masanya PAS diberikan pengajaran oleh para pengundi Melayu supaya PAS bersikap lebih berhati-hati di masa akan datang dalam hal melibatkan kepentingan orang Melayu.

Jika pengundi bijak maka pemimpin Melayu akan celik hala tuju perjuangan dan seterusnya hak agama dan bangsa tergenggam kemas. Ayuh pengundi Melayu yang bijak, mari sama-sama memikul tanggungjawab untuk menyedarkan PAS dari ‘mimpi indah’ ciptaan DAP!
+

0 komen:

Arkib

Label

'Masalah Sikap' vs 'Cemburu' 16 September 2008 22 tahun tanpa konflik kaum 31 Ogos 2009 5 Ogos 1957 Abdullah Acaro Solingan Adik Siti Amynur Ain AIDC Akta Hasutan 1948 Akta Pendidikan 1996 Aktivis Allahyarham Tun Abdul Razak Aman Malaysia Anak Bangsa Malaysia? Anak Wayang Pas Anjing Gila Anwar Anwar Ibrahim Azan Badak Pekak Badut Bahasa Kebangsaan Bahasa Malaysia Bahasa Melayu Bajet Pahang 2009 BALACI Bangsa Malaysia Banjir Banjir di Kuantan Banjir di Lipis Bantuan Batal Usul Sekat Jualan Arak Behind The Veil Biadap Hina Nabi Blogger BN BN Perak BOC Boikot produk Yahudi-Amerika Boikot Secara Terancang Boneka Brader Anwar Bin Ibrahim Bumi Daku Celaka Ceroboh Tanah Milik TNB Chin Peng Chui Jui Meng Criminalise War Exhibition and Conference 2009 DAP Datuk Ibrahim Ali Datuk Mukhriz Datuk Mukhriz Mahathir DEB Demi Negara Demonstrasi DERHAKA Dong Zong Double Standard Prosedure Dr Abdul Rani Kamarudin Dr Khir Dr Novandri Dr Ridhuan Tee Abdullah DUN Perak DYMM Sultan Azlan Shah DYTM Raja Dr Nazrin Shah Ekonomi Ekonomi Bumiputera Erniceda Etnic Cleansing Eurocopter Evolusi Politik Melayu Fatimah Zuhri's Blog Fatwa Anti Tomboy FELDA Fitnah Undi Pos Flip-flop Forum Peluk Islam Foto Gerakan Razak Gobalakrishnan Hak Istimewa Melayu/Bumiputera Hansard Parlimen Harakah Hari Kemerdekaan Hina Fatwa Hina Islam Hina Raja Melayu Hindraf Hipokrit Hishammuddin Tun Hussein Hishamuddin Ideotique IFC Institusi Raja Islam Islam Agama Rasmi Persekutuan Isu CAR Isu Kalimah Allah Isu Ketidakseimbangan Kaum Isu Roboh Kuil Isu Tanah Kolej Taiping Isu Tanah Perak Jambatan Bengkok Jeff Ooi Jenayah Jom Bantu Jurugambar Utusan KAFA Kaki Pembelit Karpal Singh Kebal Kebebasan Bersuara Kedah Kekejaman Israel ke atas umat Islam Kempen Satu Sekolah Untuk Semua Keranda 152 Kes Datuk Nasaruddin Hashim (UMNO ke PKR) Kes Liwat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Ketuanan DAP Ketuanan Melayu Ketuanan Pakatan Rakyat KijangMas Kongres Ekonomi Islam Ketiga Kontrak Sosial Kuala Lumpur Foundation To Criminalise War Kuota Pemilikan 30 % Kuota Pemilikan Rumah 50 % Ladang Babi Lee Kuan Yew Leong Ngah Ngah Liberalisasi? Lidah 'tidak rasmi' Pakatan Rakyat = Malaysiakini Lim Guan Eng Lim Kit Siang Lompat Parti Low Siew Moi M Manoharan Mahkamah Syariah Majlis Amanah Rakyat (MARA) Majlis Fatwa Kebangsaan Majlis Muafakat Melayu Majlis Peguam Malay Mail Cyberspot Malaysian Malaysia Mangkuk Ayun Azmi Shahrom Marah-Marah Sayang MB Kedah MCA Melayu Pulau Pinang Melayu Singapura Membina Negara Meroyan Monopoli Ekonomi Muhyiddin Muzakarah Cendekiawan Islam 2009 MyKad Najib Najib Tun Razak Negarawan Ulung Nik Aziz Nizar Nizar Boneka DAP Obama Omar Ong Open Letter by Matthias Chang PAC Pahang Darul Makmur Pakatan Haram Pakatan Rakyat Pakatan Rakyat Perak Palestin Paneh Miang PAP PAS PAU Ke-59 Peguam Negara Pelacuran Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010 Pembohong Pemuda UMNO Pemuda UMNO Bahagaian Segambut Pemuda UMNO Pahang Pencemaran Pencerobohan Tanah Kerajaan Pengganas Komunis Pengkhianat Penyata Razak 1956 Perdana Menteri Malaysia Ke-6 Perkara 152 Perkara 153 PERKASA Perkhidmatan Awam Pulau Pinang Perlembagaan Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu Perpaduan Perpaduan Melayu/Islam Persekutuan Tanah Melayu Petisyen Petronas Pilihanraya Masjid PKM PKNS PKR Polarisasi Kaum Politik Perak Portal Kempen SSS PPSMI PRK Bagan Pinang PRK Bukit Gantang PRK Galas PRK Kuala Terengganu Prof Dr Aziz Bari Prof Emeritus Tan Sri Khoo Kay Kim Prof. P Ramasamy Puasa Ramadhan Pulau Pinang Puppet Master Rabindranath Tagore Raja-Raja Melayu Rakyat Malaysia? Rasuah Reaksi pemimpin politik Reflections: Melayu Lama Ronnie Liu Rukun Negara Sakmongkol AK47 Salah Guna Kuasa SAR Satira Satu Malaysia Sekolah Agama Sekolah Kebangsaan Sekolah Satu Aliran Sekolah Vernakular Seks Selangor Sepitman Begins Shafie Apdal Sistem Pendidikan Kebangsaan Skuad Banjir Pemuda Solat Hajat SRJK Persendirian Sumpah Laknat Sun Tzu'z Art of War Tan Sri Isa Samad Tan Sri Muhyiddin Techno Crap Tender Tanah Teresa Kok The Economist The Unspinners The War Crimes Commission and Tribunal 2009 Titah DYMM Sultan Selangor Titah DYTM Raja Muda Perak di Majlis Perasmian Penutupan Kongres Ekonomi Islam Ketiga Toyota Camry 2.4 Perak Truth for Teoh Beng Hock Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah Tulisan Jawi Tun Dr. Mahathir Mohamad UMNO UMNO Seremban Undang-undang antilompat parti wakil rakyat Undang-Undang Tubuh Negeri Perak Usahawan Bumiputera Pahang Utusan Malaysia V. Sivakumar Wasiat Raja-Raja Melayu Wong Siew Teng aka Agnes Wong Yayasan Anti Peperangan Kuala Lumpur Yusuf Qardhawi Zahid Hamidi Zahrain Zulkifli Noordin